Adwa Idlan
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Penantian selama 9 bulan akhirnya membuahkan hasil. Hasil? Hehe... Misteri yang menyelubungi kami, teka-teki jantina kandungan aku selama 9 bulan ni terjawab akhirnya~~~
ADWA IDLAN = Cahaya Keadilan
Kami dikurniakan seorang cahaya mata, lelaki. Sama apa yang aku rasa selama ni. Walaupon scan sampai 3 kali, tapi x nampak jantina, tapi ak dapat rasa dari sebulan kandunganku yg aku bakal melahirkan anak lelaki. Nak tahu kenapa aku yakin sangat?? Jangan muntah lak kalau aku cerita ni. Hehe
Meh sini nak cerita~~
Pada suatu pagi, ku lihat wajahku di cermin sebelum ke kelas. Ku lihat wajah ku berseri2 dan bercahaya. Apa cantik sangat muka ak hari ni. Dan ak ke kelas seperti biase, lalu memberitahu rakan2 ku bahawa aku merasakan begitu cantik hari ni. Ape lagi, teruk la aku kena perli. Hahahaha..
Dipendekkan cerita kat atas tu. Alhamdulillah, selama 9 bulan mengandung, muka aku flawlessss jeeeeee. Xdew jerawat walau sebijik. Muka lembap2 comel jew. Itu semua menambahkan keyakinan aku bahawa aku bakal menimang cahaya mata lelaki. Kihkihkih....(lepas bersalin jerawat berebut-rebut-rebut naik ke muka )
![]() |
MASA BAHAGIA. MUKA LICIN, |
![]() |
MASA BAHAGIA. MUKA LICIN, |
Alhamdulillah, akhirnye pada 26/1/2015, bersamaan hari Isnin, pada pukul 4.15 pagi aku selamat melahirkan seorang putera seberat 2.7kg. Sepanjang mengandung aku amalkan minum susu kambing wildan. Orang kata anak besar minum susu banyak2. Hish, xdew lah. Mitos semata2 tuhhh. Hb aku dari 10 naik ke 12 masa 9 bulan tu. Hb memang cantik lah. Sekarang pon susu dada banyak. Baju asyik basah2 jew. Boleh perah buat stok dalam peti. Tapi stok tu xlama lah, sebab anak aku lelaki, kuat nyusu. Tapi makan kena jaga juga, jangan harapkan minun susu semata2. Sekarang aku perah guna pam elektrik dan baca2 pasal teknik perahan marmet (betul ke eja marmet cam ni? ).
![]() |
NAMA SAYA ADWA IDLAN BIN SHAHFARID |
![]() |
WILDAN SUSUKAMBING. NI LAH SUSU YANG AKU MINUM DARI 4 BULAN MENGANDUNG SAMPAI SEKARANG.
DAH JUMPA HOBI BARU. JADI PHOTOGRAPER 24 JAM. GAMBAR IDLAN JEW DALAM TEPON,
JUMPA LAGI.
|
Ulasan
Catat Ulasan