Senarai Wajib Barang Keperluan Baby
Assalamualaikum :)
2 3 minggu ni sibuk duk survey barang-barang baby kat internet bile Suami mula tanye, ape barang yang nak beli? Dah ada senarai ke belum? Bile Suami dah bertanye, Isteri pun mula lah buat senarai secara rambang. Ikut suka hati ku. Bile tengok semula senarai tu, makk oiiii, banyak nye barang yang aku nak beli. Bhahahaha......
*SEBELUM KENA BEBEL OLEH SUAMI BAIK AKU HAPUSKAN SENARAI TU
Mula-mula aku taip keyword SENARAI WAJIB BARANG KEPERLUAN BABY . Punye la banyak yang keluar. Tapi aku baca sikit-sikit-sikit jew. SEBENARNYA MALAS NAK BACA.
So, daripada pembacaan aku yang sikit-sikit-sikit tu, aku decides untuk pecahkan kepada dua kategori. Beli secara online dan offline. Bijak x? Bijak ke? Emmm... Bijak!
ONLINE
1. OneBabyWorld (OBW)
OBW sekarang ni ada YES PROMOTION yang akan membuatkan bakal-bakal ibu atau yang
dah bergelar ibu membeli tanpa memikirkan baki duit dalam akaun. Hehe.. Anda juga akan mendapat Free Shipping if you spend above RM200. Percaya lah aku cakap, klik-klik-klik Add Cart tu, tengok-tengok dah lebih RM200. TU YANG JADI KAT AKU. GOOD JOB IZZATI.
List dari OBW yang aku beli :
washable breastpads
Swaddle
Baby Tummy Binder (barut perut baby)
Wet Bag
Laundary Bag
dan lain-lain *UNTUK CUKUPKAN RM200. ALASAN.
Untuk mereka yang nak walk-in jew, OBW terdapat di Ulu Kelang, Cheras, Shah Alam dan Johor Bahru. Nak tahu alamat, klik sini. Siap ada GPS Coordinate lagi.
2. LUNATOTS
![]() |
PAGE LUNATOTS |
Kat Lunatots ni saya beli Cloth Diaper (CD) jew. Saya ambil yang pakej terus. Jimat. Kenapa aku kata jimat? Meh kita buat kira-kira jap :
*Harga sebagai anggaran pengiraan sahaja.
Kos penggunaan lampin kain ternyata menjimatkan hampir 100% berbanding belanja asal yang sepatutnya dikeluarkan sekiranya bayi memakai lampin pakai buang.
Anggaran Kos Penggunaan Lampin Pakai Buang
*RM 1 sehelai x 6 keping penggunaan sehari = RM6
RM 6 sehari x 365 hari = RM 2,190
365 setahun x 3 tahun = RM 6,570
RM 6 sehari x 365 hari = RM 2,190
365 setahun x 3 tahun = RM 6,570
Anggaran Kos Penggunaan Lampin Kain Lunatots
*RM 50 x 10 helai = RM 500
*Harga sebagai anggaran pengiraan sahaja.
Kos penggunaan lampin kain ternyata menjimatkan hampir 100% berbanding belanja asal yang sepatutnya dikeluarkan sekiranya bayi memakai lampin pakai buang.
Untuk yang nak walk-in, klik sini.
*BOLEH TAK YANG OFFLINE AKU SAMBUNG ENTRI LEPAS-LEPAS NI. BOLEH JEW KAN. HEHE
Jumpa lagi.
Ulasan
Catat Ulasan